Saturday, 10 December 2011

Gerhana

Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana:
§  gerhana matahari
§  gerhana bulan
Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi danmatahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.
Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:
§  gerhana penuh
§  gerhana separa
§  gerhana anulus
Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.
Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.





Friday, 9 December 2011


Siratan Makanan  
1.
Dalam kehidupan sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh sejenis hidupan sahaja. Beberapa rantai makanan akan bergabung untuk membentuk hubungan makanan yang dikenali sebagai siratan makanan.
2.
Contoh siratan makanan
Habitat : Sawah padi
   

   
3.
Dalam contoh siratan makanan di atas terdapat 6 rantai makanan:

i.          Pokok padi ® burung pipit ® ular ® helang
ii.         Pokok padi ® tikus ® ular ® helang
iii.        Pokok padi ® belalang ® burung pipit ® ular ® helang
iv.        Pokok padi ® tikus ® helang
v.         Pokok padi ® tikus ® ular ® helang
vi.        Pokok padi ® belalang ® ayam ® ular ® helang
vii.       Pokok padi ® belalang ® ayam ® helang

4.
Kepentingan siratan makanan

(i)
Memastikan kemandirian spesies-jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran.

(ii)
Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.

(iii)
Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah.
Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular.

(iv)
Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.

Lembaran kerja

Wednesday, 7 December 2011

TUMBUHAN



Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta. Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.
Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanjiSeltumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.
Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :-
1.     tumbuhan berbunga sama ada:
·         pokok berbuah
·         pokok tidak berbuah
Dari perspektif biologi, tumbuhan merujuk kepada organisma hidup dalam alam tumbuhan

Saturday, 3 December 2011

Tahukah Anda......?

Kajian Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita

Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.

Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin korang semua belum tahu.

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.
2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.
3. Manusia tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau anda melakukannya sampai tak sedarkan diri,anda akan mulai bernafas normal secepatnya).
4. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.

5. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.
6. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.
7. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
8. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.
9. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.
10. Untuk menguji keaslian mutiara, anda boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.
11. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.
12. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.
13. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.
14. Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.
15. Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.